|

Berita

    Laman utama   >     Industri    >     Teks

    Ini Perkembangan Dagangan Sterling dan Euro Pada Sesi Pasaran Eropah

    Ikhtisar:Dagangan Pound Sterling masih mengekalkan momentum pengukuhan sejak minggu lalu dengan data domestik yang mengeluarkan angka bacaan positif menyokong matawang British itu dalam ketidaktentuan politik yang melanda.Selepas data pertumbuhan GDP UK serta

      Dagangan Pound Sterling masih mengekalkan momentum pengukuhan sejak minggu lalu dengan data domestik yang mengeluarkan angka bacaan positif menyokong matawang British itu dalam ketidaktentuan politik yang melanda.

      Selepas data pertumbuhan GDP UK serta pengeluaran perindustrian diterbitkan kukuh, sesi Eropah hari ini pula menyaksikan laporan data pekerjaan UK yang turut mencatatkan bacaan positif.

      Purata pendapatan mingguan termasuk bonus untuk tiga bulan yang berakhir pada Julai dijangkakan kekal meningkat di paras 3.7% sebaliknya mencatatkan bacaan lebih tinggi iaitu 4.0%.

      Dengan bilangan tuntutan bagi yang tidak bekerja yang menurun, kadar pengangguran di UK juga turut mencatatkan penurunan ke paras 3.8% berbanding jangkaan kekal pada 3.9% seperti sebelum ini.

      Sementara itu, isu hangat di Parlimen Britain masih dipantau pelabur dengan keputusan undian bagi halangan Brexit tanpa perjanjian sedang dinantikan.

      Artikel Berkaitan

      Donald Trump Pecat Penasihat Keselamatan Negara AS!

      Dolar Euro Lemah Dengan Jangkaan Polisi Dovish Oleh Bank Pusat…

      Ini Perkembangan Terkini Dagangan Matawang US Dolar, Pound…

      Dalam pada kekecohan yang berlaku, jurucakap Dewan Parlimen UK, John Bercow mengumumkan bahawa beliau akan berundur dari jawatan tersebut pada 31 Oktober iaitu hari pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah.

      Dagangan dolar Euro pula masih bergerak lemah pada sesi Eropah hari ini dengan bacaan data pengeluaran perindustrian di Itali dan Perancis mencatatkan bacaan yang lemah.

      Namun, apa yang lebih menjadi kebimbangan terbesar pelabur adalah keputusan mesyuarat polisi monetari bank pusat Eropah pada Khamis.

      European Central Bank (ECB) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah di paras sifar dengan polisi pelonggaran bagi menyokong kesihatan ekonomi yang tidak menentu di zon Eropah.

    Berita Panas

    Malaysian Ringgit

    • United Arab Emirates Dirham
    • Australia Dollar
    • Canadian Dollar
    • Swiss Franc
    • Chinese Yuan
    • Danish Krone
    • Euro
    • British Pound
    • Hong Kong Dollar
    • Hungarian Forint
    • Japanese Yen
    • South Korean Won
    • Mexican Peso
    • Malaysian Ringgit
    • Norwegian Krone
    • New Zealand Dollar
    • Polish Zloty
    • Russian Ruble
    • Saudi Arabian Riyal
    • Swedish Krona
    • Singapore Dollar
    • Thai Baht
    • Turkish Lira
    • United States Dollar
    • South African Rand

    United States Dollar

    • United Arab Emirates Dirham
    • Australia Dollar
    • Canadian Dollar
    • Swiss Franc
    • Chinese Yuan
    • Danish Krone
    • Euro
    • British Pound
    • Hong Kong Dollar
    • Hungarian Forint
    • Japanese Yen
    • South Korean Won
    • Mexican Peso
    • Malaysian Ringgit
    • Norwegian Krone
    • New Zealand Dollar
    • Polish Zloty
    • Russian Ruble
    • Saudi Arabian Riyal
    • Swedish Krona
    • Singapore Dollar
    • Thai Baht
    • Turkish Lira
    • United States Dollar
    • South African Rand
    Kadar pertukaran semasa  :
    --
    Sila masukkan amaun
    Malaysian Ringgit
    Amaun yang boleh tukar
    -- United States Dollar
    Amaran risiko

    Data yang digunakan oleh WikiFX adalah semua data rasmi yang diterbitkan oleh agensi pengawalseliaan seperti FCA, ASIC. Semua kandungan yang diterbitkan adalah berdasarkan prinsip keadilan, objektif dan kebenaran fakta. Ia tidak menerima sebarang komisyen daripada peniaga termasuk yuran perhubungan awam, pengiklanan, peringkat, pemadaman data, dll. WikiFX akan melakukan yang terbaik untuk mengekalkan konsistensi dan penyegerakan data kami dengan data yang diterbitkan oleh agensi pengawalseliaan, tetapi tidak berkomitmen untuk selalu konsisten dan disegerakkan dalam masa nyata.

    Memandangkan selok-belok industri Forex, tidak dikecualikan bahawa ada beberapa peniaga Forex individu mendapatkan lesen yang dikeluarkan oleh agensi pengawalseliaan melalui penipuan. Jika data yang diterbitkan oleh WikiFX tidak selaras dengan keadaan sebenar, sila maklumkan kepada kami melalui fungsi "Aduan" dan "Pembetulan kesilapan" WikiFX. Kami akan semak dengan segera dan mengumumkan keputusannya.

    Forex, logam berharga dan kontrak untuk perbedaan (CFD) adalah produk yang dileveraj, yang mempunyai risiko yang tinggi dan boleh mengakibatkan kerugian prinsipal pelaburan anda. Sila melabur secara rasional.

    Petua khas: Maklumat yang disediakan oleh WikiFX hanya untuk rujukan dan bukan merupakan nasihat pelaburan. Platform Forex dipilih oleh pelanggan sendiri. Risiko yang berkaitan dengan operasi platform tidak ada hubungannya dengan WikiFX. Pelanggan harus menanggung akibat dan tanggung jawab yang berkaitan dengannya sendiri.

    ×

    Pilih Negara/Daerah