|

Berita

    Laman utama   >     Industri    >     Teks

    [Preview] Bacaan Pertumbuhan GDP AS - Ini Pandangan Oleh Beberapa Bank Utama

    Ikhtisar:Sesi pasaran New York pada malam ini akan memberi tumpuan pada bacaan data pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) di Amerika Syarikat untuk suku tahun kedua 2019. Data ini dijangka akan menarik perhatian ramai pakar ekonomi dan para penganalis

      Sesi pasaran New York pada malam ini akan memberi tumpuan pada bacaan data pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) di Amerika Syarikat untuk suku tahun kedua 2019. Data ini dijangka akan menarik perhatian ramai pakar ekonomi dan para penganalisis dengan jangkaan bacaan data untuk kali ini sedikit menurun selepas data pada suku pertama diterbitkan kukuh.

      Bacaan pertumbuhan tahunan dijangka akan menurun kepada kadar 1.8% untuk suku kali ini berbanding bacaan 3.1% pada suku sebelumnya. Danske Bank pula meramalkan pertumbuhan GDP meningkat kepada 2.3% disokong oleh kerancakan pada perbelanjaan pengguna dan juga kerajaan.

      Menurut pandangan oleh TD Securities pula, mereka menjangkakan pertumbuhan GDP sekitar 2.0% untuk suku kedua. Jangkaan tersebut turut didorong oleh pertumbuhan pada perbelanjaan pengguna yang melonjak sekitar 4% selepas permulaan tahun ini yang agak goyah.

      Pelaburan perniagaan walau bagaimanapun terus bergerak perlahan ekoran ketidaktentuan yang semakin meningkat dalam kalangan para pelabur sementara kadar eksport bersih turut mempengaruhi pertumbuhan.

      Bank of New Zealand (BNZ) turut memberi beberapa pandangan menjelang data GDP Amerika Syarikat malam ini. Anggaran awal terhadap perdagangan dan inventori dipercayai komponen berikut mampu memberi kesan yang besar terhadap penurunan pada bacaan GDP suku kedua.

      Artikel Berkaitan

      Faktor-Faktor Ini Mendorong Kejatuhan Aussie Sepanjang Minggu

      USD/JPY Melonjak 70 Pips Pada Dagangan Semalam

      Euro Cecah Paras Terendah 2 Tahun Susulan Keputusan Mesyuarat…

      Menurut kenyataan oleh Royal Bank of Canada, perbelanjaan pengguna menunjukkan prestasi yang cemerlang pada suku kedua. Data jualan runcit pada minggu lalu mencatatkan peningkatan 8% kadar suku tahunan, terbaik sejak 2005.

      Ini akan menyumbang kepada perbelanjaan isi rumah untuk pulih pada kadar 3.8%, antara yang terbaik untuk beberapa tahun kebelakangan ini sekaligus meredakan kebimbangan terhadap sentimen pengguna di Amerika Syarikat yang bermula perlahan pada permulaan tahun ini.

      Royal Bank of Canada memberikan jangkaan pertumbuhan yang turut rendah berbanding bacaan suku tahun pertama. Jangkaan adalah sekitar 2.2% kadar pertumbuhan sedikit tinggi berbanding jangkaan 1.8%.

      Walaupun laporan bacaan pertumbuhan ini bukanlah menjadi petunjuk utama terhadap bank pusat dalam mempengaruhi keputusan pemotongan kadar minggu hadapan, namun ia berkemungkinan akan mendorong mereka yang memilih ke arah penurunan agresif kadar sehingga 50 mata asas untuk penilaian semula menerusi bacaan yang diterbitkan.

    Berita Panas

    United Arab Emirates Dirham

    • United Arab Emirates Dirham
    • Australia Dollar
    • Canadian Dollar
    • Swiss Franc
    • Chinese Yuan
    • Danish Krone
    • Euro
    • British Pound
    • Hong Kong Dollar
    • Hungarian Forint
    • Japanese Yen
    • South Korean Won
    • Mexican Peso
    • Malaysian Ringgit
    • Norwegian Krone
    • New Zealand Dollar
    • Polish Zloty
    • Russian Ruble
    • Saudi Arabian Riyal
    • Swedish Krona
    • Singapore Dollar
    • Thai Baht
    • Turkish Lira
    • United States Dollar
    • South African Rand

    United States Dollar

    • United Arab Emirates Dirham
    • Australia Dollar
    • Canadian Dollar
    • Swiss Franc
    • Chinese Yuan
    • Danish Krone
    • Euro
    • British Pound
    • Hong Kong Dollar
    • Hungarian Forint
    • Japanese Yen
    • South Korean Won
    • Mexican Peso
    • Malaysian Ringgit
    • Norwegian Krone
    • New Zealand Dollar
    • Polish Zloty
    • Russian Ruble
    • Saudi Arabian Riyal
    • Swedish Krona
    • Singapore Dollar
    • Thai Baht
    • Turkish Lira
    • United States Dollar
    • South African Rand
    Kadar pertukaran semasa  :
    --
    Sila masukkan amaun
    United Arab Emirates Dirham
    Amaun yang boleh tukar
    -- United States Dollar
    Amaran risiko

    Data yang digunakan oleh WikiFX adalah semua data rasmi yang diterbitkan oleh agensi pengawalseliaan seperti FCA, ASIC. Semua kandungan yang diterbitkan adalah berdasarkan prinsip keadilan, objektif dan kebenaran fakta. Ia tidak menerima sebarang komisyen daripada peniaga termasuk yuran perhubungan awam, pengiklanan, peringkat, pemadaman data, dll. WikiFX akan melakukan yang terbaik untuk mengekalkan konsistensi dan penyegerakan data kami dengan data yang diterbitkan oleh agensi pengawalseliaan, tetapi tidak berkomitmen untuk selalu konsisten dan disegerakkan dalam masa nyata.

    Memandangkan selok-belok industri Forex, tidak dikecualikan bahawa ada beberapa peniaga Forex individu mendapatkan lesen yang dikeluarkan oleh agensi pengawalseliaan melalui penipuan. Jika data yang diterbitkan oleh WikiFX tidak selaras dengan keadaan sebenar, sila maklumkan kepada kami melalui fungsi "Aduan" dan "Pembetulan kesilapan" WikiFX. Kami akan semak dengan segera dan mengumumkan keputusannya.

    Forex, logam berharga dan kontrak untuk perbedaan (CFD) adalah produk yang dileveraj, yang mempunyai risiko yang tinggi dan boleh mengakibatkan kerugian prinsipal pelaburan anda. Sila melabur secara rasional.

    Petua khas: Maklumat yang disediakan oleh WikiFX hanya untuk rujukan dan bukan merupakan nasihat pelaburan. Platform Forex dipilih oleh pelanggan sendiri. Risiko yang berkaitan dengan operasi platform tidak ada hubungannya dengan WikiFX. Pelanggan harus menanggung akibat dan tanggung jawab yang berkaitan dengannya sendiri.

    ×

    Pilih Negara/Daerah